Rancangan Kewangan Strategik

Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

What Will You Learn?

  • Strategi menunjukkan impak pembiayaan/geran dalam unjuran
  • Cara membuktikan Cash Flow kekal sihat selepas ada pinjaman baru
  • Menjawab Justifikasi untuk setiap data yang penting
  • Menyediakan Unjuran mesra-panel yang mudah disemak

Course Content

Modul 1 Rancangan Kewangan Strategik
Ramai usahawan PMKS sebenarnya mempunyai produk yang bagus, jualan yang stabil dan operasi yang mantap, namun tetap gagal setiap kali memohon geran atau pembiayaan. Masalahnya bukan pada bisnes mereka, tetapi pada cara mereka membentangkan bisnes dalam bentuk nombor. Kursus ini membongkar 5 kesilapan kritikal yang paling kerap dilakukan usahawan ketika menyediakan paperwork kewangan, termasuk unjuran, dokumen sokongan, pulangan pelaburan, sehingga cara menjawab soalan panel pembiaya. Dengan memahami bahasa pembiaya, usahawan akan lebih bersedia untuk menyediakan permohonan yang tersusun dan lengkap, sekaligus mengurangkan risiko permohonan ditolak.

  • 5 Sebab PMKS Gagal Permohonan Geran / Pembiayaan
    07:41

Modul 2 Rancangan Kewangan Strategik
Dalam mana-mana permohonan geran atau pembiayaan sama ada TEKUN, MARA, SME Bank, Bank Rakyat atau geran kerajaan, panel penilai akan menilai 3 dokumen utama ini terlebih dahulu sebelum melihat dokumen sokongan yang lain. Dokumen ini akan menentukan sama ada permohonan itu diterima atau ditolak di peringkat saringan. Kursus ini akan membimbing usahawan PMKS untuk memahami ketiga-tiga dokumen kritikal tersebut. Kenapa ia menjadi asas penilaian? Bagaimana panel membuat semakan silang (cross-checking)? Apakah kesilapan teknikal yang sering menyebabkan permohonan gagal pada peringkat awal lagi? Kursus ini wajib untuk mana-mana usahawan yang ingin meningkatkan peluang lulus permohonan pembiayaan secara drastik.

Modul 3 Rancangan Kewangan Strategik
Ramai usahawan PMKS gagal menyediakan unjuran kewangan kerana mereka menganggap ia hanyalah borang atau syarat permohonan. Hakikatnya, unjuran kewangan adalah dokumen paling penting untuk meyakinkan panel bahawa bisnes mereka mampu berkembang dan mampu bayar balik pembiayaan. Dalam kursus ini akan dikongsikan 4 strategi profesional yang digunakan oleh usahawan berprestasi tinggi untuk menyediakan unjuran kewangan yang logik, realistik dan meyakinkan. Setiap strategi disertakan contoh sebenar, teknik praktikal dan cara membaca unjuran melalui perspektif panel penilai.

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet

Want to receive push notifications for all major on-site activities?

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty