Dalam tempoh pra-pelancaran portal Universetee, pihak kami menawarkan akses untuk semua kursus di portal ini secara percuma untuk tempoh 90 hari. Selepas 90 hari, harga untuk keahlian ini adalah RM99 sebulan. Dalam tempoh ini, anda boleh memulakan pembelajaran untuk mana-mana kursus yang tersedia dengan mengikuti langkah-langkah di bawah

Untuk mendaftar, di halaman utama klik pada butang Mulakan Pembelajaran

Seterusnya di halaman ini, masukkan semua maklumat anda dengan tepat untuk mendaftar. Pastikan alamat e-mail yang digunakan adalah aktif dan boleh menerima mesej dari pihak kami.

Selepas mengisi semua maklumat dan klik pada butang Register di langkah sebelumnya, anda akan mendapat email seperti ini. Klik pada butang Verify Email Address atau salin pautan yang dilampirkan dan masukkan pada pelayar anda.

Email anda akan disahkan dan anda secara automatik akan log masuk ke akaun anda dan di bawa ke halaman akaun anda seperti di atas.

Seterusnya, klik pada menu Kursus di atas sekali untuk melihat semua kursus-kursus yang pihak kami tawarkan. Selepas itu, klik pada butang View Details untuk melihat cara untuk mengakses kursus tersebut

Di halaman kursus, di bahagian harga (Price), pilih pilihan Memberships dan klik pada butang View Plans

Ada akan dibawa ke halaman ini dan anda perlu klik pada butang Buy Now

Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman ini dan anda perlu memasukkan maklumat anda di bahagian Billing Address untuk memulakan tempoh percubaan percuma selama 90 hari. Selepas mengisi maklumat anda, klik pada butang Start 90-Days Trial

Seterusnya, anda akan di bawa ke halaman ini yang menunjukkan pesanan anda sudah berjaya dan tempoh percubaan 90 hari sudah bermula. Klik pada butang Check Order List untuk melihat pesanan anda.

Anda akan di bawa ke halaman akaun anda sekali lagi di bahagian Order History. Di halaman ini, anda boleh download Invoice bagi pesanan anda.

Anda juga boleh klik pada menu Subscriptions di sebelah kiri untuk melihat bilakah tarikh percubaan anda akan tamat dan pembayaran untuk keahlian akan bermula. Klik pada butang Details untuk melihat dengan lebih lanjut maklumat keahlian anda.

Jika anda tidak mahu memperbaharui keahlian anda selepas tempoh percubaan tamat, anda boleh klik pada butang Cancel Plan. Tempoh percubaan anda akan aktif sehingga tarikh Trial End.

Seterusnya, pergi semula ke halaman Kursus, dan akan dapat melihat butang View Details yang dipaparkan untuk setiap kursus sebelum ini telah digantikan dengan butang Enroll Course. Klik pada butang ini untuk mana-mana course yang anda ingin mulakan pembelajaran.

Selepas anda klik pada butang Enroll Course pada langkah sebelumnya, anda akan dibawa ke halaman kursus tersebut dan anda boleh klik pada butang Start Learning untuk memulakan pembelajaran.

Apabila anda kembali semula ke akaun anda, anda akan dapat melihat senarai kursus-kursus yang anda sudah memulakan pembelajaran dan berapa peratuskah anda sudah melengkapkan pembelajaran kursus tersebut.